Pertama-tamanya tahniah diucapkan kepada YAB Dato Sri Najib dan seliruh Ahli MKT UMNO yang telah berjaya dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan lalu. Sesungguhnya kepimpinan baru UMNO ini dapat diletakkann harapan ke arah memulihkan reputasi UMNO dan seterusnya menarik semula sokongan orang Melayu kepada partim 'keramat' ini.
Sebagai seorang yang dilahir dan dibesarkan dalam keluarga UMNO, penulis amat berharap dan berdoa moga UMNO akan terus menjadi parti majoriti orang Melayu, parti yang menjadi teras kepada Barisan Nasional dan paliang utama UMNO terus relevan sebagai parti yang memperjuangkan kemajuan bangsa Melayu, menegakkan syiar Islam dan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Namun bagi mengembalikan reaputasi UMNO penulis ada beberapa nasihat buat pimpinan tertinggi UMNO. Secara ringkasnya seperti berikut:
1. Gerakan kegiatan ceramah dan penerangan kepartian sehingga keperingkat cawangan dengan kerap, melalui perjumpaan pimpinan bahagian dan negri. Penulis melihat usaha ini langsung tidak dibuat sejak sekian lama.
2. Susun kembali cawangan-cawangan, dengan mengemaskini data ahli. Adakah kita benar-benar yakin bahawa UMNO mempunyai keahlian melebihi 2.5 juta orang? Penulis berasa sangsi, kerana yuran keahlian pada kebiasaannya dibayar oleh Ketua Cawangan.
3.Pastikan Bahagian UMNO sendiri menerima, memproses borang keahlian dan menerima sendiri yuran keahlian, agar "ketua cawangan' tidak lagi boleh menyekat mana-mana kemasukan ahli sewenangnya.
4. Ingatlah, segala masaalah yang menimpa UMNO sebenarnya berpunca dari kepincangan "Cawangan UMNO" dan perilaku pemimpin di cawangan yang rata-rata membuatkan masayarakat benci dan menjauhkan diri dari UMNO.
5. Percayalah, jika semua cawangan UMNO dapat dirobah dan digerakkan semula, pemimpin cawangan adalah mereka yang jujur, ikhlas dalam bekerja, InsyaAllah orang Melayu akan kembali semula kepada UMNO.
Semoga pandangan penulis ini dapat difikir dan direnungkan oleh para pemimpin UMNO, sebagaimana hasrat Timbalan Presiden UMNO yang memberikan tempoh 2 tahun untuk memulihkan segala-galanya.
Tuesday, April 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment